Tuesday, 10 May 2011

MY SON FIRST WEDDING INVITATION CARD

Assalamualaikum...

Hari ni masuk2 kerja je, OAC aku ( Abg Adi ) tetiba bagi aku satu sampul surat. Aku belek punya belek sampul surat tu, aku dah agak dah. Ni mesti kad kawen ni. Hahaha! Tapi yang menariknya, dekat sampul kad tersebut tertulis ...

Ikhlas mengundang : Puan Farah, Hubby dan - nama anak aku - ( tak leh sebarkan sekarang nama dia ).
:) nak tau kena tunggu post seterusnya ye.

Tak sangka anak aku tak kuar lagi pun dahhhh dapat kad jemputan kawen. Rasa terharu pun ada...
Kat bawah ni ada gambar kad kawen. Kalau berkenan boleh buat contoh... =D

Cantik kan? mengelippp!!!

Apa-apa pun, tq Abg Adi sekeluarga atas undangan ni dengan kad kawen yang very the GLAMOROUS gitu... Orang try datang ye. Semoga jodoh mereka berdua kekal hingga ke syurga nanti.
Amin Ya Rabbal Alamin....

Wassalam...

McDonald's Mutiara Damansara Grand Opening!

Assalamualaikum...

Tadi lepas amek laki aku kat The curve ( berdekatan dengan Jaguar Showroom ), aku TERlalu lah kat tepi Petronas tu. Tetiba aku nampak Mcdonalds yang diorng tgh duk sebok renovate dari beberapa bulan yang lepas dah siap dibuka rupanya. Lor... cepat je ek? Dulu aku tengok rata je. Pejam celik pejam celik dah siap dah pun. Macam perut aku ni jugak. Haha! Aku yang lapar ni terus tanpa rasa malu gi masuk parking. Boleh sampai terlupa nak tanya hubby? Kui kui kui...

Ni la abg buncit saya...! 


Sundae Chocolate.. Nyum Nyum!

Kat sini boleh lepak2 tengok bola tapi WiFi je tak pasang lagi.


Aduhhh, muka lapar sungguh. Tian dia.

Apa yang aku nak share :-

1. Keadaan kat kitchen memang sangat berterabur dan kelam kabut. Mungkin sebab ni first day opening kot.
2. Cashier yang amek order aku tu sungguh blur sekali. Dah cakap banyak kali still tak faham,  "i nak sundae tu later ye, kalau i amek sekarang nanti cair pulak ". Aku pun reject la Chocolate sundae tu. Pastu aku dengar manager dia ke supervisor dia ntah suruh cashier tadi letak kat tempat yang customer takleh nampak. Maknanya manager tu tunggu kalau ada orang order dia akan bagi yang sundae yang aku reject tu la. Ish ish ish... Si cashier tu pun len kali tolong la dengar elok2 apa yang customer nak. Tapi takpe, mungkin sebab baru pegang title TRAINEE CASHIER kot. Tapi sampai kena repeat order berulang kali dan tissue pun lupa nak bagi, membuat kan darah aku naik sikit la. Tapi takpe, aku faham keadaan dia. Tapi yang best nye, muka dia selalu je senyum. Takde la rasa sakit hati sangat ye tak?
3. WiFi tak pasang lagi.
4. Ini yang terakhir, kerusi tempat aku duduk tadi tak sedap! hahaha!

Overall, bagus lah diorang. Mesra dan kuat senyum. 
SENYUM, TAK PERLU KATA APA2! huhu.. adiosssss!

Durian Tak Berduri

Assalamualaikum...

Hari ni aku tetiba terasa nak makan durian. Aku pun ajak lah hubby aku gi cari durian dengan cousins kitorang. Nak tau kenapa tajuk post ni " Durian Tak Berduri "? Sebabnya aku baru lepas makan durian kat Chow Kit tadi. Kitorang bukan beli yang bijik2 tu, tapi beli yang memang dah buang kulit durian. Sebabnya, memang tak boleh nak makan banyak pun. Al-maklumlah tengah ngandung ni, kesian pulak baby kan?

Ni lah durian tak berduri tu... Haha!

Hubby aku pulak jenis bukan hantu durian. Tak pe, ada 2 orang yang hantu durian. Nak tau sape? Jom tengok kat bawah ni yek.

Haaa.. ni lah hantu2 durian nya tuuu. Takpe, nanti lepas pantang aku boleh join team ni balik. hahaha!

Ada dua jenis durian yang aku makan tadi, satu jenis yang orang selalu panggil D24 dengan lagi satu Durian Kawen. Aku sebenarnya tak pernah dengar durian kawen ni. Tapi lepas dah rasa, isi dia lagi tebal dan agak keras sikit, bijik dia kecik2 dengan leper2. Rasa dia pulak lemak2 pahit. Agak muak bagi aku. Yang D24 tu pulak, bijik dia besar2, rasa dia manis-manis pahit. Boleh tahan lah rasa dia.

Sempat lagi aku berposing... Echewah..!

Alolo.. muka bahagia dapat durian ye bang?

Dengan cousin aku, Kak In. 

Lepas makan hubby aku dengan cousins kitorang ( tak termasuk aku lah sebab makan berapa ulas je ) minum air dalam kulit durian tu. Petua orang dulu2, minum air dalam kulit durian ni boleh mengelakkan panas kat dalam badan kita.

Yang ni cara minum dia yang betul.

Yang ni untuk orang yang takut bibir dia kena  duri tu boleh cuba style moden ni ye. Guna straw! Haha!



Klah, nak masuk tido dah ni. Esok keje kul 11pagi. Arghhh, malas nyaaaa nak keje! Tapi takpe, daripada duk umah bosan pulak. =D

Halamak Vin Diesel...!

Vin Diesel pegang watak Dominic Torreto
Memang ummph!


Assalamualaikum...

Post kali ni aku nak share pasal citer Fast 5 ataupun Fast and Furious 5 yang aku tgk petang tadi. Citer ni Vin Diesel, Dwayne Johnson aka The Rock dah macam kembar dah aku tengok. Dalam 10 bintang aku bagi 9.45 bintang. Hahaha! Sebabnya, time ngandung2 dah sarat ni aku rasa macam dah malassssss nak tengok wayang. Rasa sempit sangat tempat duduk tu. Sakit pinggang takyah citer lah. Tapi citer ni aku tengok TAK BOSAN LANGSUNG pastu rasa macam " jangan lah habes lagi citer ni "  Huhu.. Haishhh, rasa macam nak tengok lagi sekali je citer ni. Memang gempak dan layannn... Tak rugi lah bayar RM24 untuk 2 kepala. =) Memang aura lah citer ni. Harap2 Rabu ni aku dapat tengok lagi sekali. =) tengok premier ke kan? wahhh gitu... hihihi...


Fast and Furious 5 tix

Monday, 9 May 2011

I'm proud MAMA TO BE!



Dear my son,
before u were conceived, i wanted u. Before u were born, i loved u.
Before u were here, an hour i would die for u.
This is the miracle of mother's love.
mummy └ºνєs♡ u little Akmal junior ;)

See u in June baby!!

Sunday, 8 May 2011

Anugerah Ku

Assalamualaikum...

Waktu boring2 ngan penat kat ofis ni, tetiba aku teringat pasal Baby aku yang dalam perut ni. Last check up 5.5.2011 masa tu. Sempat juga aku buat 4D & 3D scan kat Tropicana Medical Centre. Walaupun agak mahal tapi kerana anak xpe kot rasanya. Huhu... Dapat lah satu kad gambar baby aku dan satu keping CD. Kat bawah ni ada salah satu video hasil dari Ultrasound 4D masa tu. Jom kita tengok sama2... Rasa tak sabar nak cium ngan dukung dia nanti. =)





Doakan lah aku nanti ye. Kalau boleh aku nak bersalin normal. Nak tau jugak macamana mak aku lahirkan aku yang berat 3.9 kg ni dulu dalam keadaan normal. Fuhhh... besar tu!

P/S : Anak adalah anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. Sayangilah anak-anak kita dan terima lah mereka seadanya. Semoga mereka dapat menjadi anak2 yang baik, soleh/solehah. Amin Ya Rabbalamin...

CANTIK VS TIDAK CANTIK





Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
 Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni..
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever..
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masa
kLelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
 Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!


betul ke sume lelaki cam2?
sekadar gurauan....
-PeAcE-