Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum...

Hari ni 8 Mei 2011, Ahad. Korang tau tak ari ni ari apa? Tau kan? Betul, ari ni Hari Ibu Sedunia. Hari ni lah ramai dikalangan kita menyambut Ibu2 kita tak kira lah yang masih ada ataupun yang telah pergi menghadap Ilahi. Sebenarnya, bukan hari ni je kita boleh menyambut dan mengenang jasa baik seorang ibu kita. Ari-ari lain pun boleh. Tapi ari ni lebih special sebab satu dunia menyambutnya bersama2.

Sekarang ni pun aku tengah sarat mengandung anak pertama aku. Sekarang dah 8 bulan dah. Baru aku tau macamana mak aku kandungkan aku selama 9 bulan 10 hari dulu. Sakit pinggang tak perlu cerita lah, memang tiap2 ari aku rasa. Bila aku rasa sakit waktu mengandungkan anak aku ni, aku selalu teringat kat Mummy aku. Aku rasa aku banyak dah buat mak aku nangis. Betul lah kata orang, kita tak akan tau kalau kita tak rasa. Pengorbanan seorang Ibu ni memang kita tak akan mampu bayar sehingga ke Syurga pun. Kerana dia lah kita hidup di dunia ni, bagi saya IBU adalah seorang yang KEBAL dan TABAH. Ibu akan sentiasa mendoakan anak2 mereka dan selalu mahukan yang terbaik buat anak2 mereka. Semoga Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa ibu2 kita dan dikurniakan Syurga untuk mereka. Amin Ya Rabbal Alamin...

Jom kita hayati video di bawah ni. Jangan lupa standby tissue ya. =)




Saat engkau tertidur

Kupandangi wajahmu
Masih ingin kumendekapmu
Masih ingin kumenciummu
Tak pernah kusadari

Waktu cepat berlalu

Kini engkau menjadi besar
Kini engkaulah harapanku

Tumbuh-tumbuhlah anakku
Raihlah cita-citamu
Jangan pernah engkau ragu, Sayang
Doaku selalu bersamamu
membuat aman dihidupmu
Selamanya…


Untuk Mummy ku... Terima kasih sebab melahirkan, membesarkan dan menjaga kita sampai ke hari ni. Jasa mummy tak akan kita lupa. Kita doakan mummy sentiasa bahagia, sihat selalu dan juga bahagia hingga ke syurga. Mummy memang tak ada pengganti. I love you MUMMY...!

Ibu.. Ibu... Engkaulah RATU hatiku....


Jom lah kita sama2 menghargai pengorbanan seorang insan yang bernama IBU.

1 comment:

  1. my dear Diarra, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kasih dan sayang ini tiada berbelah bagi untuk anak2 mumy di dunia dan akhirat!! mumy bangga mempunyai anak2 seperti kamu semua!!! syurga adalah tempat mu sayang!!! tak sabar nak timang cucus!!

    ReplyDelete